Santai Lawak Jenaka

Dialog nak kawin lagi satu ..., hati-hati


Satu petang seorang suami sembang-sembang dengan isterinya sambil cuba-cuba masuk jarum kot-kot dapat kawin lagi satu.

suami: "ayang percaya tak pada takdir?"

isteri: "mestilah ... kenapa?"

suami: "tak ade lah. Manalah tahu satu hari nanti abang terkawin dua ke kan ... ayang anggaplah ia satu takdir."

isteri: "ye lah bang ... tapi abang percaya tak pada takdir?"

suami: "mestilah ... kenapa ayang tanya abang pulak?"

isteri: "tak ade lah. Manalah tahu satu hari nanti, ayang tak sengaja terpotong mana-mana anggota abang yang penting ke kan ... abang anggaplah ia juga satu takdir... ye bang!"

suami: ###@@@@*** ?


sejak hari itu, si suami tak pernah lagi cakap fasal nak kawin lagi satu dengan isterinya. Dia terasa ngilu pulak!




Saya suka awak!!!


kaLau awak tanya saya: awak cantik tak?
saya akan jwb: cantik...

kaLau awak tanya saya: awak baik tak?
saya akan jwb: sangat baik...

kaLau awak tanya saya: nk temankan saya
kuar?
saya akan jwb: nak...

kaLau awak tanya saya: ape yg saya suka?
saya akan jwb: saya suka awak!

kaLau awak tanya saya: kenapa saya suka
awak...
saya akan jwb: saya senang dgn apa saje
ngan awak.

kaLau awak tanya saya: apa bukti saya
suka awak?
saya akan jwb: saya buat apa saje utk awak.

kaLau awak tanya saya: sanggup ke saya
menunggu awak...
saya akan jwb: seLamanye...

kaLau awak tanya saya: sudikah jika
menjaga saya?
saya akan jwb: sehingga ke nafas
terakhir saya..

kaLau awak tanya saya: perkara paLing
manis dLm hidup saya?
saya akan jwb: awak...

kaLau awak tanya saya: perkara paLing
buruk dLm hidup saya...
saya akan jwb: jika saya kehilangan awak!

ye ke?
saya tipu je... haha teratakian_2funny9fq.gif teratakian_2funny9fq.gif



Kisah Penjual Telur


Penjual Telur
Di sebuah pasar tradisional.


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau
Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang
jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli
sampai dia datang.

Pembeli: "Ohh....Dia makan kat gerai ke kat Restoran?"

Wakil pejual: "kat gerai aje"

Pembeli: "Gerai kawasan mana satu? Dihujung jalan sana atau dibawah pokok besar tu?"

Wakil penjual: "Gerai dihujung jalan sana"

Pembeli: "Gerai Mamak ke gerai Melayu"

Wakil penjual: "Gerai Mamak"

Pembeli: "Mamak yang mana satu? Yang gemok ke yang misaim panjang?"

Wakil penjual: "Mamak yang gemok agaknye"

Pembeli: "Mamak gemok yang pakai kain putih atau yang pakai kain pelikat?"

Wakil penjual: "Kakak nak beli telor atau nak tanya pasal mamak? Minat sangat ke dengan mamak?" ---nada tensionnnn......

Pembeli:"Maafkan kakak dik,sebenarnya kakak ni hari ini MC.Doktor kata lepas makan ubat batok,banyakkan berbual bual supaya tidak mengantukkk....

Wakil penjual:"ohhh.... macam tuuu... doctor bagi ubat batuk yang warna apa? Hitam ke hijau?

Pembeli: "Ehhh......apa yang bau hangit ni.....bau macam kuah mi rebus terbakar......"

Wakil penjual: " Alamakkkk......

tongue.gif tongue.gif tongue.gif





Bahaya kawin gan programmer, peringatan penting!!!!!


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "




Rindu Sengsara, baca bagi habis!



bila lama tidak bersua
rindu kian bersarang di jiwa
di kala jaga, di kala lena
wajah mu dimana-mana
kenangan bahagia datang menerpa.

kemana hendak ku lepaskan rindu ini
yang menekan rasa
yang menyeksa raga
hingga nak makan pun tak ada selera.

tapi bila diri mu sudah ku milikki
baru terasa sengsara
baru tersedar derita
baru berderai air mata

namun dalam sengsara ini
yang ku pilih sendiri
... aku bahagia.

dalam derita ini
yang ku cari sendiri
... aku rela.

dalam derai air mata ini
yang ku tempah sendiri
... aku suka.

kerna sengsara, derita dan air mata ini
tidak boleh lawan sama …

sambal belacan bonda!


teratakian_oyehh.gif




SAPE HEBAT


Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.




Pak Pandir dan Wartawan



Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia. Apabila wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.




Nama terpilih untuk anak...


Pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.
>pandai membaiki kereta, namakan Karman
>average dalam golf, Parman
>pandai dlm penulisan, Suratman
>
>gagah perkasa, Suparman
>boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
>selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
>pandai buat kuih, Paiman
>pakar jualan, Salman
>pakar pasal alam sekitar, Jasman
>pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
>doktor gigi, Sugiman
>supaya cepat naik pangkat, Yasman
>bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
>yang ada darah Bengali, Manbai
>pandai organise skim cepat kaya, Pakman (Te' Lo)
>mat rock, Rokman
>pakar kunci, Lokman
>baik budi pekerti, Budiman
>
>ada lagii...
>
>Buat kerja ala kadar -Kadarisman
>Suka bagi orang susah-Sukarman
>Suka mengada-ngada -Ngadiman
>Dua alam -Herman
>Paling Haprak - Koman
>Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
>Yg suka main daun terup poker - pokeman"



Apa kata JAKIM???


JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM
LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU NEGERI"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra.
Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab-sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh
mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu NEGERI?
Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram,sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu NEGERI...!!!

hUaHuAhUaHuA
just wanna to "switch ON" ur smiling...
teratakian_golek.gif teratakian_golek.gif teratakian_golek.gif teratakian_golek.gif




Macam2 punya lawak ader, mari layan..


Siapa tak kenal P Ramlee? teratakian_whistling25nh.jpg
Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip, etc.
Dia seorang Seniman Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.

Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik?
Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar sejarah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C
Ramlee, D Ramlee, E Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J
Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee, Q
Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X
Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:
A Ramlee, L Ramlee, M.Ramlee dan P Ramlee.

Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan..
iaitu Ramli Burger.
Sekian terima kasih. teratakian_golek.gif teratakian_golek.gif teratakian_golek.gif





Ape ke hay nye???
, zas...layan


satu kemalangan telah berlaku pd malam td melibatkan sebuah ambulan.ambulan itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebuah rumah yg pada ketika itu penghuninya sedang asyik menonton finale AF5.namun tiada kemalangan jiwa dan putus cinta yg berlaku.ikuti temuramah wartawan kami SITISARA CHE DIN dgn pemandu ambulan tersebut yg masih lg dlm kebingungan.


SITISARA:BOLEH ENCIK CERITAKAN APA YG SEBENARNYA TERJADI MALAM TD.

PEMANDU:EHEM2...TESTING..1..2..3.SEBENARNYA SY BARU BERTUKAR KERJA JD
PEMANDU AMBULAN..SY SEBENARNYA TERKEJUT BERUK DEK KRN KWN
SY YG DUK BELAKANG SY TIBA2 MEMEGANG BAHU SY....SO...I LOST
CONTROL....AND BREK NOT EAT...UHUK2...

SITISARA:[KEPELIKAN]APA SEBENARNYA YG ENCIK NK BGTAU???SY KONFIUS LA.
X KAN PASAL TU JER ENCIK BOLEH HILANG KAWALAN.RAMAI YG CAKAP
ENCIK MEMANDU LAJU.

PEMANDU:APSAL LA KO NI TUPPERWARE SGT...SY KN PEMANDU AMBULAN...
KALO ADA KES,DH TENTU LA SY PANDU LAJU...IQ PENDEK LA KO
NI..SEBENARNYA SEBELUM NI SY KEJE PEMANDU VAN JENAZAH...JD SY
INGAT SY MASIH MEMANDU VAN JENAZAH...TIBA2 ADA TGN SENTUH
SENTUH SY DR BELAKANG....TERKEJUT GILER LA SY...INGATKAN.. MAYAT
HIDUP SEMULA....APE LG...SY PUN...TUTTT.....[MAAF...PART NI X DPT DI
SIARKAN KRN MENGANDUNGI UNSUR2 RASUAH DAN DIABETES].

SITISARA:FOHHHH....PULOK DOH....PATUT LA EKSIDEN...






Siti Nurhaliza or!!!
, heheheh




Scenario Siti


Scenario berbeza sekiranya CT berkawin dengan orang lain. Apakah nama anak perempuan mereka nanti?
1) kalau kawin dgn org Jepun, mereka akn namakan anaknya HONDA SITI
2) kalau Kawin dengan orang media, anaknya nanti bersama PUBLI SITI
3) Kalau kawin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE
4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI
5) Kalau kawin dgn professor, anknya nnti dinamakan UNIVER SITI
6) Kalau kawin dgn pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nnt ialah SITI TANJUNG PAHANG
7) Kalau kawin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nnt ialah SITI SITI MALAYSIA....
8) Kalau kawin dgn org TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI......

Just 4 fun

teratakian_2funny9fq.gif





lawak byk2



Lawak 1

SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....


Lawak 2

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar.
Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???


Lawak 3

Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Lawak 4

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........


Lawak 5

Dalam sebuah kebun ada bermacam-macam pokok buah-buahan, tiba-kebun kebun tu terbakar, semua buah-buahan musnah kecuali 3 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. Buah Cempedak = diluar pagar
2. Buah Keranji = didalam perahu
3. Pisang Emas = dah dibawa belayar... jgn marah haaaa...





http://img137.imageshack.us/img137/1312/mrjw0.gif


Bilik Mayat



Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...





Think, ???????


Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!






















About this entry

Catat Ulasan

KLIK... FreeBies Arcade / Time Kill Game / Game House Santai² Teratak Online Flash Game

 

TeratakZH | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008