Santai Isu Semasa

Lelaki zaman skg.., rajin @ pemalas??

Zaffina bukan nak mengutuk atau mengata kaum lelaki tetapi zaffina nak mencari kepastian yg dah lama terbuku dalam fikiran zaffina ni..

"zaman sekarang ni lelaki xleh pakai"

bila korang baca penyata di atas (especially lelaki) mesti korang sakit ati, kan?
tapi itu lah realitinya. walaupun bukan semua lelaki macam tu tapi mostly lelaki dalam dunia ni macam tu. susah nak dapat lelaki yg ada kategori di bawah:

a) rajin dalam buat kerja rumah ( kira tolong mak dia wat keje rumah la. bagi yang dah kawin, dia tolong la sket2 bini dia mcm memasak ke, membasuh ke..)
orang pompuan bukan nak sangat korang tolong kitorang tapi seboleh2nya korang fahami la situasi pompuan especially yang berkerjaya.ini tak.. dah la pompuan yg bantu dorg cari nafkah, bab kerja rumah sume pompuan kena buat. lelaki buat apa? goyang kaki jadi raja je???

cool.gif bagi nafkah untuk bini dan anak2nya (yang ni paling fina takut. kebanyakkan zaman skg ni rmai dah wanita berkerjaya. dan xmustahil ada yg jawatannya lebih tinggi dari suami.bukan la nak sangat nafkah dari korg tapi sekurang2nya korang tu jadi la lebih bertanggungjawab sket.ada gaji tu bagi la anak2 sket duit tapi kebanyakkan suami ni bnyk yg lepas tangan.tgk bini gaji besar sket sume duit perbelanjaan bini yang kuar. lelaki???)

c) lelaki yg setia pada seorang perempuan. (maybe ada lelaki yg betul2 setia dalam dunia ni tapi 1/10 la bagi fina. kadang2 tu kuar ngn awek still sempat jeling pompuan lain. dah tu ade gak yg layan sms ke pekejadahnya. kalo korang syg awek korang, setia la.. pompuan pun ader gak.. tapi dlm dunia ni pompuan ramai..lelaki sikit. dah la sikit.. nak cari yg setia zaman skg ni mmg payah la. apa korang igt korg sket korang leh psang 2 3 ke??)

d) lelaki yg tak memilih pada rupa dan kecantikan. (setahu fina, payah la nak cari lelaki yg tak memilih. klo nampak yg berdahi licin je mesti nak ngorat. sedangkan muka dorg tu bukannya hensem sgt pun. paling fina benci ngn lelaki yg ske kutuk fizikal seorang pompuan. ingat bagus sgt la tu??? sdar2 la.. korang ngutuk fizikal org bermaksud korang mengutuk kejadian tuhan tahu tak?)

e) lelaki yang sanggup berkorban. (fina nak tanya, ada x lelaki kat teratak ni sanggup berkorban untuk perempuan? mksud fina bukan duit... tapi cinta dan kasih sayang? mesti adakan? tapi tak ramai... kebanyakkannya tak sanggup nak berkorban sbb mmg sejak azali lelaki dilahirkan dengan perasaan ego.kalau ade tu mmg untung perempuan tu)

f) sembahyang tak tinggal. (yang ni paling wajib dalam list pompuan yang nak cr suami. susah nak cari lelaki yg betul2 khalifah dalam dunia ni.)

sori ye kaum lelaki.. fina bukan nak kutuk korg, tapi fina nak tnya pendapat korg kat luar sana mengenai lelaki zaman sekarang. kalo xberharta, ske harapkan perempuan.. klo dah berharta, teringin plak nak pasang dua tiga. korang rase adilkah macam tu untuk kitorang????

untuk kaum perempuan...apa pendapat korang? bagi la pendapat sket.. fina betul2 nak tahu...




Nikah Bertudung, Resepsi Berkemban



Ketika nikah bertudung, majlis resepsi buka dada

Sejak perkahwinan Siti Nurhaliza tahun lalu, saya perhatian banyak artis dan orang kebanyakan, kahwin ikut stail penyanyi popular ini. Masa bernikah, bertudung litup, manis duduk bersimpuh, tunduk dan kelihatan tawaduk dalam masjid atau rumah sendiri.

Tetapi apabila mereka mengadakan majlis resepsi di hotel dan dewan, waduh, mereka tidak lagi bertudung tetapi berkemban. Terbaru saya terperasan gambar seorang artis lelaki dan pasangannya pada ketika nikah, begitu sopan bertudung litup.

Tetapi pada gambar resepsi, ketika memotong kek tujuh tingkat di sebuah hotel, pengantin perempuan berpakaian berkemban saja. Selain berpakaian mengikut orang kafir, saya terkilan kerana jumlah hantaran terlalu menunjuk-nunjuk iaitu sebanyak RM77,777.77.

Saya bimbang nanti apabila anak lelaki saya mahu kahwin, apakah kami perlu sediakan RM50,000.00 ke atas. Ini sudah melampau, sedangkan perkahwinan itu sunnah.

Pakaian sekejap tutup sekejap buka ini pada saya menjatuhkan imej wanita bertudung. Ini kerana ada wanita bertudung kena perli:

“Pakai tudung ini fesyen saja, ikut perangai sumpah-sumpah, kalau pokok hijau, tukar ‘colour’ hijau, kalau pokok cokelat tukar ‘colour’ cokelat.

Justeru, tindakan artis wanita kejap bertudung, kejap buang tudung ini akan mencemarkan imej wanita. Demikian juga wanita profesion lain dan juga pelajar sekolah. Pergi kerja dan sekolah bertudung tetapi pergi pasar malam tidak bertudung. Pada saya ini semua menjejaskan imej wanita Muslim.

Saya cadangkan tok imam atau jurunikah sebelum menikahkan pasangan pengantin, tanya mereka dulu; "Bolehkah awak janji pakai pakaian menutup aurat (atau bersopan) apabila mengadakan majlis nanti, kalau tak saya tak nak nikahkan awak."

Dulu dalam usaha ulama membanteras amalan joget lambak ketika majlis kahwin, mereka memberi amaran mana-mana tuan rumah yang mengadakan majlis joget lambak, imam tidak mahu nikahkan anak-anak mereka.

Langkah ini sangat berkesan dan hasilnya joget lambak sudah hampir hapus daripada muka bumi ini.

Apa kata wanita-wanita di luar sana. Benarkah wanita kejap bertudung, kejap tidak bertudung ini (macam sumpah-sumpah) menjejaskan imej Muslimah selain sudah jelas berdosa?



Soalan Buat Lelaki Marah, mesti baca


Pernahkan hampa tetiba ja kena marah ngan bf hampa puncanya hanyalah kerana soalan yg hampa tanya kat dia..sebabnya ada beberapa soalan yg boleh membuatkan dia marah..tanyalah apapun kecuali bukan 5 perkara nie...

1) "Sayang, adakah sayang pernah tertarik dengan gadis lain?"

JANGAN sesekali tanya soalan camni..takut nanti dia betul2 carik yg lain kang susahh..walaupun sekadar nak menguji...

2) "Kenapa sayang putuskan hubungan dengan teman wanita yg dulu?"

JANGAN sesekali lakukan ini kerana ia akan menimbulkan satu perasaan kurang senang terhadap dirinya..

3) Sayang, apa pendapat sayang tentang hubungan kita?"

Lelaki mmg tak suka dipaksa atau didesak.walaupun kamu gemar memikirkan status hubungan kamu dgn dia..lelaki tak suka bercakap mengenai perkahwinan lebih2 lagi jika hubungan itu baru berputik.

4) "Apa yg sedang sayang fikirkan?"

Wanita selalu berpendapat bahawa lelaki hanya akan memikirkan tentang mereka apabila berada di tempat tidur.Itu silap..sebenarnya lelaki tidak akan menunjukkan sikapnya kpd kamu biarpun si dia memikirkan tentang kamus setiap masa.

5) "Sayang sering bersama kawan-kawan dan tidak pernah fikirkan tentang saya?"

Setengah wanita suka mengonkong teman lelaki mereka. Jika boleh mereka ingin tahu apakah yg dilakukan oleh teman lelaki mereka setiap saat.Ini akan membuatkan teman lelaki kamu rimas dengan kamu.Apa salahnya beri sedikit kebebasan.

Betulkah soalan macam nih bleh buatkan lelaki marah??




Isu Buka Baju, Faizal Tahir OIM

Faizal Tahir digantung, royalti disekat semata-mata kerana over dgn buka baju semasa persembahan yg lepas...

Pada fina tidak adil...
Setakat Faizal Tahir digantung sb dia buka baju...mcmmana pulak penyanyi2 perempuan di Malaysia ni yg pakai seksi-seksi........kenapa tidak digantung dan dihukum sama mcm Faizal Tahir?Artis2 pompuan yg seksi meksi tu lagi patut di gantung atas alasan
1-SEKSI,-Seksa mata tgk
2- lagi dan tambah dosa bg lelaki2 yg tgk tu....
3-Membangkitkan ghairah lelaki
4-Menggalakkan kes rogol

Apa pendapat u all? Sokong tak artis pompuan yg seksi2 nih dikenakan tindakan yg sama dgn Faizal Tahir...

Sian faizal....setakat tayang bodi yg tak mengiurkan pun kene gantung, lagipun yg faizal tayang tu bukannya aurat pun ..haha



Berdoalah untuk Palestin

Saya tidak terfikir akan melihat gambar-gambar kejam pembunuhan kanak-kanak oleh Israel di akhbar . Kanak-kanak ini seusia anak gadis saya.

Kita mungkin tidak berkemampuan seperti penyumbang misteri yang menderma AS$6.7juta

Hari demi hari Palestin dibanjiri darah, air mata tangisan ibu yang kehilangan anak dan tangisan anak yang kehilangan ibu bapa.

Bagi kita yang tak mampu untuk menjadi tentera, mengangkat senjata marilah kita berdoa agar Allah memberi bantuan dan pertolongan serta mematahkan serangan kejam itu.

Moga doa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dapat menyelamatkan kaum muslimin dan mujahidin di Palestin pada setiap masa.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

- sumber Berdoalah untuk Palestin



Penderaan seksual dan jenayah kanak-kanak


Ingat lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor yang ditujukan khas kepada seorang kanak-kanak, Adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Adik malang ini telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh kejam oleh manusia yang tak berperi kemanusian.

Setelah 4 tahun, semalam Mahkamah Persekutuan telah membebaskan hukuman mati keatas bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan yang didapati bersalah membunuh adik Nurul Huda .

Bagi kesalahan merogol , mahkamah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan . Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu.

Petikan - Bernama

Salah satu prinsip penting pertumbuhan kanak² ialah keperluan waktu bermain yang bebas dan panjang. Permainan penting dalam pembinaan peribadi seorang kanak². Ia juga ada kaitan dengan keperluan menjadikan mereka cergas dan sihat.

Lebih utama lagi ialah kepentingan untuk berinteraksi dengan kawan² dan persekitaran. Dalam proses seperti itu, kanak² akan melalui proses sosialisasi yang akan menguntungkan mereka untuk jangka panjang.

Pada zaman saya membesar, kami menghabiskan lima kali lebih banyak masa di luar rumah daripada kanak² zaman ini. Ketika itu tidak ada ‘gangguan’ lain. Televisyen belum ada, apa lagi internet atau permainan komputer.

Kanak² membesar sebagai sebahagian daripada proses bermasyarakat , milik komuniti dan boleh ditegur oleh semua orang.

Hari ini, peranan anggota masyarakat menjadi kacau bilau oleh pelbagai elemen dan pengaruh luar. Globalisasi, dunia tanpa sempadan, pengaruh teknologi maklumat dan kecanggihan peralatan moden mengubah cara manusia berinteraksi dan bermasyarakat.

Ibu bapa moden memilih untuk hidup di dalam kepompong keselamatan masing² . Rumah menjadi benteng memisahkan mereka dan anak² dari luar. Segala-galanya dibayangi kekhuatiran terhadap keselamatan.

Kita tidak boleh menyalahkan kerisauan ini. Meningkatnya kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual ada kaitannya dengan fobia baru ibu bapa mengenai keselamatan anak mereka sehingga ibu bapa mendirikan tembok yang lebih besar bagi melindungi anak mereka.

Kepadatan penduduk, manusia yang tidak boleh dijangka dan sistem bermasyarakat di bandar tidak memihak kepada kanak² untuk hidup berdikari dan punya kebebasan tersendiri sedangkan ianya sesuatu yang diperlukan dalam proses pertumbuhan menuju kedewasaan.

Mendidik anak² memanglah tugas ibubapa, jadi apa yang ingin saya kongsi adalah cara saya sebagai seorang ibu mengawasi anak² saya . Saya melalui dan saya percaya teman² saya di luar sana adalah ibubapa muda yang mempunyai anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian. - Peringatan kepada anak- anak

Posting asal dari Hidup Biar Sedap

About this entry

Catat Ulasan

KLIK... FreeBies Arcade / Time Kill Game / Game House Santai² Teratak Online Flash Game

 

TeratakZH | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008