Santai Bingkisan Kehidupan

ASPIRASI CINTAKU INSPIRASI CITAKU, Lelaki idaman…


Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??





Dari jauh ku menyintaimu....., hmmm....

Ttanpa aku sedari aku mula terpaut padanya...setiap tutur kata, sikap nya yang mengambil berat akan diriku membuatkan aku begitu senang tatkala kami bersama... aku memberanikan diri meluahkan perasaan ku padanya...

namun, disebabkan kisah cintanya yang lalu membuatkan drinya sukar untuk menerimaku...aku tahu perkenalan kita tidaklah begitu lama tapi mengapa dikau tidak memberi sedikit ruang di hatimu untukku...katamu biarlah takdir yang menentukan...hmmm...kadangkala aku terfikir mungkin dirimu hanya menganggap diriku hanya sebagai kawan..katamu lagi kita boleh menjadi kawan rapat yang boleh berkongsi segalanya, tapi tahukah kau aku inginkan lebih dari sekadar kawan kerana aku mula menyayangi dirimu...

aku ingin mengubati kekecewaan mu yang lalu....berilah aku peluang untuk bertahta di hatimu....bukan sebagai sahabat tetapi sebagai owang yang kau sayang...

walaupun tiada jodoh antara kita kelak, aku berharap ko bahgia ngan insan yang dapat membuka pintu hatimu... namun jauh di sudut hati kecilku ini , aku berharap agar engkau menerimaku seadanya....


Cemburunya aku.., betapanya aku...


Rasulullah...
betapa aku mencemburuimu...
kekasih Allah...
namun dalam diam cemburuku semakin
membara..


khadijah...
engkau wanita yang pertama..
menerima kemuliaan ini..
bukan umurmu yang menjadi taruhannya..
tetapi teladanmu yang menjadi kebanggaan...
berbanggannya dirimu wahai khadijah..
ditakdirkan menjadi pilihan kekasihNya..
berbahagialah dirimu wahai wanita pilihan kekasih Allah..

dan ..
aku..
benar-benar cemburu...
berada di sisi baginda pada setiap waktu..
malah ketahuilah khadijah..bahawa engkau adalah kebanggaannya...
walaupun selps engkau pergi..
tahukah engkau khadijah..
tahukah engkau!!!
betapa untungnya mendapat pelindung seperti itu...khadijah!!

dan aku cemburu lagi!!!


fatimah..
engakau adalah permata hatinya...
engkau adalah kesayangannya..

barang siapa yang menyakiti hatimu,
samalah seperti menyakita baginda..

dan aku...fatimah..
mengertikah engkau...aku cemburu
kerana kau mersai kasih sayang seorang ayah darinya..
aku cemburu fatimah!!!




namun aku mengerti khadijah..
aku bukanlah perempuan yang baik..
apatah lagi yang terbaik..
bukan aku orangnya khadijah...
aku jatuh tersungkur lemah dalam hal ini..
aku mengerti..
aku belum tentu..

sepertimu..yang sentiasa setia sisi...baginda..
setiap saat..
cemburunya aku apabila baginda meratapi pemergianmu...

tpi aku tidak sehebatmu khadijah...
mahupun engkau fatimah...


anak yang sentiasa patuh pada ayahanda dan bonda..
yang sentiasa memulkan mereka..
yang menghormati dan mengagungkan mereka...


sedangkan aku...khadijah
sedangkan...fatimah...



sedangkan aku...




Alangkah Bertuahnya kita, Sesunguhnya ada insan yang lebih susah


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanyaberdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapaanak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanyakepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur barukira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kiloberas untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudahseminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup ituboleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

\Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasabersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau hidup kita susah, hidup orang lagi susah.

teratakian_14.gif teratakian_th_Smileylol1.gif teratakian_cryingsmiley.gif



Mak

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

About this entry

Catat Ulasan

KLIK... FreeBies Arcade / Time Kill Game / Game House Santai² Teratak Online Flash Game

 

TeratakZH | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008