Santai Sembang Misteri dan Seram

Rasai seram misteri anda.


Ni kisah seram yg penah haku alami laaa.. ph34r.gif

Haku penah tidur sesorang dlm rumah yg tiada penghuni...
atuk haku kata rumah tu ade yang menjaga...
katanya 3 org pakai serban kuning ( cam penjaga alim laaa)
tp haku tak pecaya... so mlm tu haku terpaksa tidu sendirian...
mcm2 haku bc laaa sampai berpeluh...
lastly haku lena laaa, tp aku terlihat 3 org tu memang muncul depan rumah dan berdiri jer pandang haku yg tgh duduk kat serambi tangga batu rumah.
berpelu haku melihat mereka tu, yg tak gerak tp asyik pandang haku jer...
sampai haku tak boleh gerak kemana rasa mcm di pegang kuat...
sampai pg haku cam tu...
bila sedar memang haku berpeluh...
huhh sejak hr tu haku tak berani tidu lagi dlm rumah tu sesorang.
atuk kata jika kita tak buat apa2 perkara yg jahat dlm rumah tu mereka tak usik cuma perati jer...
erkkk unsure.gif tp memang ada yg penah berbual dgn mereka dan siap sembahyang sekali sampai pg berzikir...

Anda ade ker kisah seram yg dialami???? blink.gif




Misteri Benar..


Entah! lepas solat magrib..aku pun ke bawah.(kat rumah) .Sediakan nasi..yang tak panas dan lauk-lauk juga tak panas..

Sediakan pinggan..sendukkan nasi..ambil lauk-lauk..dan sayur yang semua tak panas (boleh dikatakan sejuklah no heat at all lah)

Dah ready..lagi dua jenkal sesuap nasi kat tangan aku..Berdeboooooom!!!!!!...
bunyi letupan...buat aku terkejut..terbeliak biji mata..tangan yang sesuap dari
betul-betul berhenti didepan mulut belum disuapkan lagi.

Pinggan tadi merekah dua..satu ke kiri dan satu lagi kekanan...nasi-nasi dan lauk-lauk berselerakan..atas meja..aku begitu kaget..bengong ..

Sesuap nasi yang masih dalam tangan menjadi hitam..rentung macam terbakar,
begitu juga nasi-nasi yang berselerakan keatas meja..hangit dan rentung..hitam..

Astafirullah hal azim...terkeluar dari dalam mulutku ketika itu...ku terus basuh tangan..dan mengutip semua nasi dan lauk dan pinggan nasi tadi..dan buang kat bakul sampah kat dapur..

Setelah istifar beberapa kali..walaupun hati rasa kecut..wajah agak pucat gak...
olih dek kerana lapar..dari pagi tak sentuh makanan.aku gie ambil pinggan lain..
masukkan nasi dan lauk-pauk..tiga kali surah aku baca ayat ayat qulhuwallah, al-falaq dan al-nas..tawakal terus suap ke mulut..walaupun hati masih berdebar-berdebar..

Rasa nak telan pun takut gak..but anyway..suap dan telan gak beberapa suap..nasi..lepas tuh berhenti kerana debaran terlalu mendebarkan..Kemas meja..terus naik ke tingkat atas..ambil wudhu sekali lagi..buat sembahyang sunat dua rakaat sebelum isyak..ketika habis solat aku berdoa perlindungan dari allah bersama tangisan diri yang terisak-isak.sebab takut sangat..aku memohon pelindungan illahi..

Lepas solat isyak..hatiku masih berdebar-debar..olih kerana ta`tau siapa
aku nak menyampaikan..aku telefon ibuku..selepas berbual..beberapa lama lebih kurang lima belas minit...akhirnya aku beritahu ibu mengenai perihal tadi..
ibu mengucap panjang..katanya setakat pengetahuannnya..itulah ilmu santau..
wallahualam..

Ku letak telefon dengan perasaan agak lega..mungkin allah melindungi diri ini..masih terfikir samaada cerita tadi ini benar ianya santau..Selepas jam dua belas selepas habis menuntun siaran TV..

Aku terus masuk tidur..pada mulanya payah juga nak tidur.kejap kekiri, kejap kekanan..kejap adjust bantal..tepk-tepuk bantal..semua serba ta`kena..kejap baca ayat kursi..entah beberapa kali banyaknya tak ingat..

Dalam sedar tak sedar aku terlena macam tuh jer..dalam tidur aku bermimpi..
berbagai-bagai binatang liar yang ganas..harimau..singa..anjing hitam..yang besar..yang mampir dan mahu menhampiri diriku...kebanyakkan haiwan ganas
dalam mimpi tersebut..mata haiwan semuanya merah-merah..tiba-tiba ada seekor harimau hitam..dari atas pokok terjun nak menyerang..Terdengar satu suara menjerit kepada ku "elakkk!!!! awak ke kanan"..

Aku pun dengan pantas bertindak kekanan..ketika itu masih dalam tidur..seluruh tubuh aku mengelak ke kanan..dan terus terjaga..nafasku agak laju dan kencang juga..tapi aku masih baring ke kanan dari bantal tidur..selang beberapa minit jer.."Berdebum...macam letupan bom..meletup..diatas bantal tidurku..tak jauh dari kepalaku tiga hingga empat inci jer.

Maka berkecailah kekabu bantal keluar berterbangan ..kipas dan aircond ku buka ketika itu...berterbanganlah kekabu kecil-kecil macam snowlah pulak..Berdebar-debar lagi jantungku..aku bangun dan istifar banyak kali..duduk dipenjuru katil sandar ke dinding..terus menangis terisak-terisak..

Entahlah! after tat benda-benda tak pernah jadie lagi..acept pada malam awal muharam..sebuah dari keretaku..dicakar..habis ..atas bawah..kiri kanan...
dan memerlukan kos yang besar untuk mengecatnya..wallahualam..
Aku berserah pada allah..atas semuanya..apa yang berlaku..dan aku memohon
keampunan keatas dosa-dosa aku , yang aku sedari atau tidak..





" border="0" width="8" height="8"> BAHANA MULUT CELUPAR, Buat Pedoman



Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir
3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.
Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.
Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.
Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.
"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !"
Kata Dinie sambil ketawa.
"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku.
"Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi.
"Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala.
"Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.
Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya. Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.
Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.
Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.
Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua.




KISAH HANTU ASRAMA PEREMPUAN


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku
>diasrama puteri. Kebanyakan
>yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes
>berlaku
>pada pelajar kaum cina dan india.
>Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan
>syaitan.
>
>Misteri di Asrama Puteri terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua
bomoh
>yang begitu berani hendak berjumpa
>dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk
>sebilangan pelajar di sekolah itu.
>Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis
mantera.
>Selepas membaca mantera, ketua bomoh
>pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.
>Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan
>ketua bomoh yang begitu berpengalaman
>itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih
baik
>dari wajah si ketua jin itu!!!
>Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
>bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
>yang
>tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
>
>"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
>Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau...... wahai syaitan yang direjam"
>
>Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
>Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""
>
>""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
>Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""
>
>""Aduhai.............""
>
>dah la.... gi wat keje tu...hehehehe



KISAH SERAM SI PEMANCING, bce le..


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..





LEMBAGA BERTENGGEK ATAS BUMBUNG, Misteri di sebalik misteri teratakian_hismiley.gif teratakian_hismiley.gif teratakian_hismiley.gif


Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada diriku sendiri dan seorang abang yang usianya hampir-hampir boleh aku panggilnya pakcik dengan membahasakan dirinya ‘Wak’.

Hobiku pelik sedikit daripada kebanyakan orang lain dan ada juga orang lain hobinya sama sepertiku iaitu ‘mencari hantu’. Aku memilih hobi ini kerana ini adalah satu hobi yang benar2 mencabar bagiku dan memerlukan semangat yang terlalu tinggi. Group aku terdiri daripada 7 org dan salah seorangnya adalah wak, selaku dukun dalam group. Telah hampir 6 tahun aku menceburi dan menghampiri dunia misteri ini. Kata orang…. selagi besar sesuatu tempat itu berpuaka, itulah tempat persinggahanku untuk seminggu. Bukan niatku utk mencabar makhluk halus tetapi sekadar menyingkap dunia misteri.

Sepanjang aktiviti, terlalu banyak rakaman pandangan misteri yg telah kulakukan. Malangnya satu rakaman pun tiada terpapar sesuatu yang pelik dan sukar untuk kubuktikan apa yang telah kulihat dan alami bersama teman2ku.

Tetapi kali ini mungkin rezeki menyebelahi aku. Rakaman kali ini benar2 menjadi.

26 Disember 2006, aku dan teman2 meneruskan pencarian di sebuah rumah tinggal perkampungan Gua Musang. Seminggu berada di sana, berbagai gangguan yang dialami.
Bukan aku seorang, semua teman2ku diganggu dengan dahsyat, tidak seperti sebelum2 ini. Kisah yang berlaku di sini, INSYAALLAH akan aku paparkan dihalaman lain suatu hari nanti.

Untuk kali ini biarlah aku paparkan kisah yg berlaku dalam perjalanan pulang selepas kejadian di Gua Musang ini.

3 Januari 2007, kami memulakan perjalanan pulang. Masing2 seperti tidak bermaya, kepenatan. Kami membawa 3 buah kerata. Dalam kereta aku, yang ada hanya aku dan Wak sahaja. Aku bergilir2 memandu sekiranya penat atau mengantuk.

Seram sejuk masih lagi aku terasa dan kadang2 semakin menjadi2 terutama sekali bila melalui kawasan hutan yang gelap dan sunyi. Wak di sebelah aku sudah di belai mimpi, berdengkur macam kerbau kena sembelih.

Jam ditanganku menunjukkan kurang lima minit lagi mencecah pukul 1 pagi. Dua buah kereta lagi, aku tidak perasan samada aku telah jauh meninggalkan kereta mereka kebelakang atau keretaku jauh ditinggalkan kebelakang.

Perjalananku telah sampai di sebuah kawasan yang agak sunyi dan gelap. Aku tidak terdaya lagi menahan mataku yang hampir2 terpejam. Tidak tergamak pulak untuk aku mengejutkan Wak yang sedang lena untuk menjadi driver aku. Lantas aku mengambil keputusan menghentikan kenderaanku di tepi jalan di kawasan Bukit Bauk, Dungun.

Aku menjatuhkan sandar kerusi keretaku dan selesakan badan yang agak penat. Injin kereta tidak kumatikan. Belum sempat seminit, mataku terpejam melayan malam. Tercapai juga hasrat mata.

Agak2 aku hampir 15 minit aku terlena…
Aku terasa rambutku dibelai. Jari jemari yang halus merayap lembut di pipi dan sesekali membelai di leherku. Haruman bunga-bungaan membuatkan badanku terasa segar. Bibirku terasa dikucup halus. Lantas aku cuba membuka mataku…. Hah!!! Zulaikha???

Aku bagaikan terpaku. Di hadapan mataku bagaikan seorang puteri yang begitu ayu sekali. Wajahnya bagaikan ada satu cahaya seri yang boleh memukau sesiapa sahaja insan bernama lelaki dan boleh cemburukan sesiapa sahaja insan bernama wanita. Aku bertuah, Zulaikha milikku dan aku adalah pilihannya.

“Abanggg…. ngapa niii????”
“Zu…. abang mimpi ke ni? Tadi kan abg dah balik????”
“Ishhh abang ni, merepeklah. Abang ni penat, abang tertidur tadi lepas makan”
“Hmmm… nasib baik mimpi…. abang mimpi abang dah baliklah sayang. Sedap masakan tadi. Zu masak sendiri ke? Sayang macam tahu tahu jer, mee goreng basah memang kegemaran abang”
“Ye bang… Zu masak sendiri. Sedap ke? Nanti Zu masak lagi sedap utk abg”
“Zu….. mana mak ngan ayah sayang, dari tadi tak nampak?”
“Ntahlah bang…. memang selalu camtu. Nanti baliklah tu…”

Dengan jiwa seorang lelaki, aku tidak tahan lagi dengan keayuan dan kecantikan Zulaikha. Wangian asli bunga-bungaan menaikkan lagi ghairahku bagaikan gelegak air mendidih. Apatah lagi waktu ini aku hanya tinggal berdua. Aku tidak akan pulang lagi. Aku harus berada di sisi Zulaikha buat selamanya.

Aku menggenggam tangannya sambil membelai jari jemari yang halus bagaikan sutera.
Pinggangnya kupaut…. Zulaikha membalas dengan senyuman yang sememangnya aku tidak dapat menahan lagi perasaan ku kali ini. Aku memeluknya dengan sepuas-puas perasaanku. Tiada lurah lagi yang memisahkan antara bibirku dengan bibir Zulaikha.
Kehangatan telah memuncak.

Tiba-tiba rambutku direntap dengan ganas sekali dari belakang. Pammm!!!!!.... satu tamparan yang pedih hinggap ke pipiku. Aku tersungkur. Hahhh!!! Wak???

“Mana Zulaikha???”
“Zulaikha kepala otak kau. Bawak mengucaplah sikit. Dulu Wak dah kasi petua, kau taknak amal. Kau dah kena rasuk 3 hari kat Gua Musang tu dahlahhhh…. tak payahlah bawak balik sampai rumah”
“Aku mimpi Wak ke Zulaikha ni???”
“Wak terajang kang kau ni, terpelanting ke luar kereta, baru kau sedar kau ni duk kat dunia nyata atau dunia hantu dalam kepala otak kau tu”

Aku terfikir, benarkah aku dirasuk selama 3 hari semasa di rumah tinggalan di perkampungan Gua Musang tu? Semua teman-temanku kata aku dirasuk. Aku tidak sedar langsung semua yang berlaku. Aku bagaikan berada dalam sebuah mimpi tapi wajahnya sering bermain dalam benak fikiranku dan namanya sering meniti di bibirku.
Namun begitu….. Siapakah Zulaikha????

“Dahhh… jangan nak angau lagi. Kau tahu tak, angau ni adik-beradik gila tau…”

Aku meneruskan kembali perjalananku. Lebih kurang 20km, aku sampai di sebuah perkampungan di Kerteh. Aku membelok keretaku memasuki persimpangan sebelah kiri menghala ke pantai. Tiba-tiba badanku menjadi seram sejuk kembali.

“Wak… Zulaikha ikut ke ni? Aku rasa seram sejuk semacam je…”
“Hey kau… mulut jangan celupar sangat, aku bagi penampor nanti kang. Kau jangan cakap bukan-bukan. Ni kau masuk simpang ni nak pegi mana pulak?”
“Lepak kat pantai jap Wak, pekena rokok sebatang. Aku rasa penat sangatlah”
“Wak tengok kau ni cam tak betul sangatlah sekarang. Takpelah… japgi bagi Wak drive pulak. Esok Wak buat air jampi bagi kau kuat semangat sikit”

Aku menghentikan kereta berhampiran sebuah bangunan di tepi pantai. Aku dan Wak keluar dari kereta pekena sebatang rokok. Asap rokok dunhill yang kusedut bagai menghilangkan perasaan seram sejuk aku.Wak menyedut asap rokok kretek yang telah menjadi darah dagingnya. Sesekali asap asap rokok kreteknya menusuk lubang hidung aku membuatkan aku membandingkan betapa busuknya bau rokok kretek Wak dibanding dengan wangi-wangian Zulaikha.

Tak semena-mena pandanganku tertumpu di atas bumbung bangunan berhampiran itu. Aku tidak mahu melihat apa yang ku nampak. Mungkin kerana fikiranku masih penat lagi. Tapi hatiku mendorong untuk terus melihat. Wak terpandang apa yang sedang aku nampak. Pandangannya menoleh ke mukaku.

“Apa yang kau tengok?”
“Ntahlah Wak… Wak nampak ke apa yang aku nampak?”
“Wak rasa Wak nampak”

Bulu romaku terus meremang. Wak menuju ke kereta dan mengambil touch light untuk memastikan lagi apa yang berada di atas bumbung bangunan itu. Aku pun menuju ke kereta mendapatkan camera untuk merakamkan peluang ini.

“Benar Wak nampak, Wak tak bermimpi ni. Nampak kabur tapi bila disuluh makin kabur”

Suara Wak tersekat-sekat. Aku tahu, Wak pun dalam ketakutan jugak.

“Apa tu Wak?”
“Lembaga”

Aku terdiam. Kaki aku mula terasa menggigil. Demi untuk mengambil peluang merakam lembaga itu aku memperkuatkan diri…. aku cuba memberanikan diri aku.

“Wak…. Wak rasa itu lembaga apa tu?”
“Entahlah… Wak rasa itu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia”
“Oooo… betullah Wak. Aku perasan jugak tapi time siang hari. Tulisan dia memang dah kabur pun”

Itulah kisah seram yang betul-betul seram dan tak dapat untuk dilupakan.




Atuk, Kisah Misteri... Bukan Seram


Di sini aku nak cerita kisah misteri yang dah lama berlaku.
Ni bukan cite seram.... kisah misteri yang sering menjadi persoalan
dalam kepala otak aku sehingga hari ini.

Kisah ni mula berlaku semasa umur aku 7 tahun. Entah mengapa
masa tu hati aku tertarik sangat dengan hutan. So... tempat aku melepaskan keseronokan
aku bukanlah bermain2 seperti budak2 lain. Keje aku asyik
merayap jer seorang diri dalam hutan. Kadang2 mak dan ayah aku risau sangat
kat aku sebab aku selalu balik lewat kat rumah. Lama kelamaan diaorg dah tak
risau sebab dah biasa.

Akibat daripada hobi aku tu.... aku mempunyai seorang atuk angkat yang
pondoknya menjadi tempat persinggahan aku didalam hutan tu. Pondok
atuk angkat aku tu buruk jer tapi sekitar kawasanya terlalu bersih
dan cantik sangat halamannya. Tak jauh dari situ ada sebuah sungai
kecil, airnya jernih sehingga jelas kelihatan pasir2, batu2 didasarnya dan
banyak ikan2 yang cantik. Di sungai inilah tempat selalu aku mandi serta
ditemani dengan dua ekor angsa yang jinak milik atuk.

Atuk angkat aku tu sayang sangat dekat aku. Tiap kali aku singgah dipondoknya,
mesti dia dalam keadaan berzikir atau sembahyang. Dia pernah pelawa aku
untuk tinggal bersamanya. Dia cakap kalau aku tinggal bersamanya, dia akan
ajar aku mengaji, ajar agama dengan lebih mendalam dan macam2 lagi yang
akan dia ajar. Tapi aku menolak pelawaannya, takkan aku nak tinggal dengan dia.
Katanya lagi, kalau aku taknak tinggal bersamanya tak apalah, tapi selalu selalulah
datang kat pondok atuk. Haaa... kalau selalu datang memang aku setuju sebab
aku sayang sangat dengan atuk. Lagipun aku suka sangat bermain-main dengan
dua ekor angsa atuk angkat aku tu.

Bila saje dah sampai masa aku nak balik, atuk mesti bagi buah tangan kat aku.
Kadang-kadang bagi buah duku, kadang-kadang buah rambutan. Hanya satu
benda jer yang aku mintak nak buat balik atuk tak kasi iaitu telur angsa dia.
Kalau nak telur angsa tu boleh tapi kena makan kat situ jer, takleh buat balik.
Aku merayu2 jugak nak buat balik telur angsa tu. Last-last atuk aku kasilah
jugak dengan syarat bawak balik elok2, jangan pecahkan atau cicirkan kat
mana2, kalau tak atuk dah taknak bagi buat balik.

Aku suka hati sangat sangat..... tak sabar nak tunjuk kat mak ngan ayah aku.
Bila dah sampai umah, aku bagilah buah duku kat mak ngan ayah aku. Aku cari
telur angsa yang tadinya aku letak dalam kain pelikat dan sangkut kat bahu,
tapi dah tak ada. Aku tak tahu tercicir kat mana. Nak pegi cari pun takleh dah,
hari dah gelap. Berair mata aku nak nangis, sedih sangat.

Malangnya lagi aku kena marah ngan ayah aku. Buah duku yang atuk bagi tu,
ayah aku kata aku curi kat kebun orang. Bekali-kali aku cite pasal atuk, tapi
sekali pun dia tak pernah nak percaya. Semua orang kat umah aku tak
percaya. Abang aku selalu gelakkan aku, dia kata orang utan yang kat atas
pokok tu atuk angkat aku. Takpelah nak kata apa-apa pun....

Keesokannya... seperti biasa, balik jer dari sekolah aku pegi mengaji quran.
Lepas jer habis mengaji quran, aku balik umah dan terus keluar merayau
kat hutan. Sambil aku merayau dalam hutan pegi pondok atuk, aku mencari
telur angsa yang tercicir kelmarin tu, tapi tak jumpa. Lepas tu atuk dah taknak
bagi dah kat aku buat balik telur angsa dia.

Begitulah aktiviti harian aku sehingga hampir setahun. Satu hari tu aku masuk
hutan tu lagi, seperti biasalah aku nak pegi pondok atuk. Entah mengapa aku
tak jumpa langsung. Pondok atuk takde, kawasan tu hanya hutan dengan batu2,
sungai yang selalu aku mandi tu hanya sungai kecil, tidak seperti biasa. Aku
terfikir, takkanlah aku sesat dan salah tempat sedangkan hampir setahun
disinilah tempat aku. Aku terus merayau2 mencari kawasan berhampiran, tapi
semuanya hampa. Hari dah gelap..... aku terpaksa balik umah. Sampai kat umah,
ayah aku kunci pintu, kononnya tak bagi masuk, suruh aku tidur kat hutan.

Aku cuba goyang2 pintu umah untuk masuk. Semasa beberapa kali aku goyang
pintu, kunci dengan sendirinya terbuka. Aku ingat ada sesiapa yang kat umah
aku tu buka. Aku buka pintu, takde orang pun, semuanya ada kat ruang dapur
tengah makan malam. Mak, ayah dan adik-beradik aku seperti pelik melihat aku.
Terkejut aku bila ayah aku sound aku..."kau ni hantu ker?". Aku buat muka cam
nak nangis jer.

Keesokkannya pulak, mak aku tanya aku camner aku buka pintu semalam
sedangkan pintu tu dikunci atas dan bawah. Aku pun tak tahu, aku cakap aku
goyang-goyang pintu tu je, pastu terbuka. Aku nampak macam mak aku tu
terfikir sesuatu yang pelik jer.

Beberapa kali seterusnya aku terus mencari pondok atuk, tapi yang hairannya
langsung tak jumpa dah.

Lebih kurang 17 tahun berlalu.... itu adalah satu misteri dalam hidup aku. Aku
yakin itu bukanlah satu mimpi kerana aku memiliki sedikit kebolehan dalam
mengenal herba2 hutan dan amalan perubatan yang melibatkan gangguan
makhluk2 halus. Semua itu adalah sedikit pelajaran yang sempat aku pelajari
dari atuk semasa usia aku 8 tahun. Aku juga memiliki sebilah badik
lama pemberian atuk sebagai cenderahati.

Kebolehan aku, aku tidak gunakan sebagai karier aku. Aku gunakan sebagai
persediaan sekiranya amat-amat diperlukan. Segala-galanya adalah dari
Allah, kita hanya mampu merancang.

Sekian. teratakian_hismiley.gif teratakian_hismiley.gif




Pocong di bilik tido.. ahaks..
, ntah ler(",)


kisah nie terjadi bru je brlaku mlm semlm.. waktu tue saya n my housemate tgh tido.. berbaris pajang le dlm bilik tue.. semua 5orang.. sbelum tido tue kami memang ska bt bising, riuh rendah.. crite ttg final projek la, mngutuk lectrer la, kisah zaman kanak2 pun trmasuk skali.. ahaks..

crite punya crite.. maka trtido la seorang demi seorang.. sy org petama yg tido tue.. hehe.. bla dh trtido x tau la ape yg dorg duk smbang lg kan..

tgh duk sedap tido tue, tetiba je kwn sy kejut.. edy!!! bgun tgk sat mat asri nie.. jadi apa x tau!! jerit seorg kwn sy nie yg brnama fendi, sy pun trkejut sparuh beruk la.. trus bangun.. sy tgk asri duk kumat kamit mulut dia baca surah ape ntah, terabur je bunyi.. pastue dlm hati sy agak must bdk nie dah kne sampuk dah..

sy pun gosok2 mata.. pastue usha line skeliling.. rupa2nya ade 3 ekor makhluk tue tgh duk sakat dia.. sekor tindih dia, sekor lg duk gelak n lg sekor pucong.. punya la hodoh, kalah kehodohan orang yg pakai botok.. (jgn pakai botok tau.. japg pucong cemburu)

sy pun trgerak hati nk baca ayat kursi.. pas tu sy buka pintu bilik n pintu rumah..
sy cakap kat pucong n the geng tue, wahai jin.. ingatkah kau pada janji yg diambil keatas kamu oleh nabi allah sulaiman alaihi salam, bahawasanya kamu sama sekali tidak boleh mengganggu atau menyakiti kami anak cucu adam.. jikalau kamu mungkiri janji trsebut, laknat allah keatas kamu..

pastu sy tunjuk ke arah pintu.. n ckp.. kamu semua keluarlah sekarang.. jgn brpusing atau datang lg tmpat kami..

smentara tu d dlm bilik tido td, mat asri dah sedar dah, dia asyik duk sebut.. "aku nmpak pucong wei!!! tinggi!!!"

sy suruh dia pg ambik wudhu n tido..

pastue.. semua pun masing2 mneruskan pelayaran bahtera mimpi masing2.. hehehe.. yg bestnya keesokkan hari tue, mat asri tue demam.. dia asyik kta yg dia nak sepak makhlluk tue, tp x bleh.. hehehe.. ye la tue..

tu je la yg sy nak kngsikan brsama korg.. klu korg bruntung.. jmpa la pucong n the geng tue.. tp mintak simpang la ek.. x semua orng mmpu mnundukkan diri sendiri apatah lg nk mnundukkan makhluk trsebut.. smber keberanian makhluk trsebut trletak pada ketakutan kite..

moral valuenya:
1- klu jmpa makhluk brkenaan.. relaxs je dulu.. jgn gelabah.. tenangkan diri.. n baca ayatul kursi perlahan2 tapi tegas..
2- tido kne brwudhu.. tue antara petue utk mngelak ikatan syaitan..
3- sbelum tido tue jgn duk bising sgt.. sbb makhluk nie ska sakat orang..
4- n yg last skali jgn tido tepi mat asri.. japgi dia nak sepak pucong x kena trsepak kte plak.. hehehe.. fikir2kan..

teratakian_hismiley.gif teratakian_hismiley.gif teratakian_hismiley.gif



About this entry

Catat Ulasan

KLIK... FreeBies Arcade / Time Kill Game / Game House Santai² Teratak Online Flash Game

 

TeratakZH | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008